21 January, 2025
Seremban: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Yayasan Matrix Concepts meraikan kira – kira 35 orang ahli Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban di sini semalam.
Pengerusi Yayasan Matrix Concepts, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, pada program itu, pihaknya turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan tersebut.
“Sambutan Tahun Baharu Cina ini adalah masa untuk muhasabah, berterima kasih dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Oleh itu, kami di Yayasan Matrix Concepts tampil meraikan 35 ahli dan enam penjaga daripada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban ini.
“Acara sebegini memberi semangat sebenar dalam meraikan perayaan dengan menggalakn rasa perpaduan dan menunjukkan kita bertanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Yang hadir sama pada program itu ialah penasihat Yayasan Matrix Concepts, Datin Seri Yong Chou Lian.
