24 November, 2023
PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersih sebanyak 26.6 peratus kepada RM64.0 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2024, berakhir 30 September2023 (2024).
Kumpulan mendapat manfaat daripada penormalan aktiviti pembinaan dengan hasil meningkat sebanyak 616 peratus kepada RM359.4 juta daripada RM222.4 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Syarikat itu berkata, pertumbuhan yang ketara itu didorong oleh prestasi teguh bahagian pembangunan hartanah yang menyaksikan peningkatan ketarа 65.0 peratus dalam sumbangan hasil, berjumlah RM350.3 juta.
Jelasnya, pembangunan di Sendayan yang merupakan projek penting bahagian hartanah Kumpulan, menyumbang pendapatan RM340.5 juta, peningkatan ketara sebanyak 86.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perbandaran Kumpulan yang lain iaitu Bandar Seri Impian di Kluang, Johor, merekodkan pendapatan sebanyak RM8.1 juta, susut 56.0 peratus, manakala pembangunan pertama Kumpulan di Lembah Klang, The Chambers, menyumbang sebanyak RM1.7 juta.
“Prestasi unit hartanah Kumpulan telah dilengkapkan dengan unit perniagaan lain iaitu bahagian pendidikan dan hospitaliti, menyumbang RM9.1 juta kepada hasil 2024.
Unit-unit ini mencatatkan penurunan sebanyak 9.0 peratus daripada tahun sebelumnya, disebabkan pengurangan sumbangan bahagian hospitaliti, walaupun sedikit peningkatan hasil oleh bahagian pendidikan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahanya, jualan hartanah baharu kekal sebagai tumpuan utama Kumpalan dengan menyaksikan jualan sebanyak RM310.8 juta, menunjukkan selera pasaran yang kukuh dan berterusan untuk hartanah Kumpulan, dengan 94.8 peratus datang daripada Pembangunan di sendayan.
Sehingga 30 September 2023, jualan belum dibil Kumpulan berjumlah RM1.3 bilion. Pengerusi, Matrix Concepts, Datuk Mohamad Mohamad Amin berkata, walaupun menghadapi cabaran Tahun Kewangan 2022 dan separuh pertama Tahun Kewangan 2023, Kumpulan tetap yakin dengan prospek prestasi, disokong oleh sambutan pasaran yang menggalakkan.
“Pendapatan penambahhaikan yang dicatatkan sepanjang lima suku kewangan yang lalu menekankan daya tahan kami dan komitmen pendekatan yang mampan terhadap strategi kami.
“Ini memberi kami dorongan untuk lebih optimistik pada pengembangan masa depan kami, termasuk kemajuan ke arah pembangunan perbandaran kami vang akan datang di Malaysian Vision Valley 2.0 (MVV2.0) of Negeri Sembilan,” katanya Pada 14 November lalu, Kumpulan telah memperoleh kemudahan pembiayaan RM512 juta untuk membiayai pengambilan tanah 1,382.2 ekar di MVV2.0 di Negeri Sembilan serta permuIaan kos pembangunan termasuk keperluan infrastruktur.