Menu

Utusan Malaysia

30 September, 2022

Pusat Perubatan Mawar sasar untung RM60 juta Mac 2023

The Story.

SEREMBAN: Pusat Perubatan Mawar (MMC) menyasarkan untuk memperoleh hasil keuntungan sebanyak RM6O juta menjelang Mac 2023.

Pengerusi dan juga pemilik Pusat Hemodialisis Mawar(PHM), Datuk Lee Tian Hock berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut mampu dicapai apatah lagi dalam tempoh lima bulan bermula April lalu, MMC memperoleh hasil sebanyak RM22.2 juta.

“Hasil audit pendapatan untuk 12 bulan berakhir 31 Mac lalu berjumlah RM44.61 juta melebihi sasaran sebanyak RM42 juta, ia melebih enam peratus sasaran,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-25 PHM di sini, semalam.

Menurutnya lagi, bagi memastikan hasil pendapatan bertambah baik, sebanyak 77 katil sedang disediakan di MMC. “Kami sasar untuk menyediakan sebanyak 57 katil apabila sembilan wad kenamaan dijangka siap sepenuhnya bulan hadapan dan 20 katil lagi akan disiapkan tahun hadapan.

Sasaran kami mempunyai 77 katil sebelum akhir 2024,” katanya lagi. Sehingga kini katanya, sebanyak RM8.4 juta telah diperuntukkan bagi menambahbaik dan pembelian barangan perubatan, teknologi termasuk memastikan sistem pengurusan yang cangih đi MMC.

Dalam pada itu, Tian Hock menjelaskan, dalam aspek tanggungjawab sosial korporat, sehingga Mac lalu, PHM telah membantu seramai 169 pesakit yang kurang berkemampuan menerusi subsidi kebajikan dan penajaan berjumlah RM451,000.

“Selain ítu, kami juga telah menyerahkan sumbangan bagi pembinaan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebanyak RM100,000 manakala RM100,000 lagi daripada pihak Hospital Pakar CMH kepada Tabung Pendidikan UTAR,” katanya.