Menu

Utusan Malaysia

23 April, 2022

Matrix Concepts sasar jualan RM1.2 bilion

The Story.

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB) sasar untuk memperoleh jualan hartanah bernilai RM1.2 billion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, disokong oleh kadar pemgambilan berterusan terutamanya di perbandaran utama Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Kumpulan tersebut telah mencapai 8.2 peratus daripada sasaran jualan hartahan tahun kewangan 2022 pada suku ketiga pada tahun kewangan tersebut, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, termasuk keadaan operasi yang terhad dan pemulihan ekonomi domestic yang lebih perlahan daripada jangkaan.

Pengerusi MCHB Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, Kumpulan telah bersedia untuk kembali ke trajektori pertumbuhan mampan disokong oleh projek luar negaranya.

Kami menjangkakan sumbangan pendapatan daripada pembangunan kedua Australia kami yang telah habis dijual iaitu M. Greenvale, sementara usaha kami di Indonesia juga berjalan lancer dengan pelaksanaan Menara Syariah yang dijangka akan siap pada akhir tahun kewangan 2023.

“Dua projek itu akan meningkatkan permintaan kukuh seperti yang diknimati sejak beberapa tahun kebekelakangan ini yang akan membolehkan kami bersikap optimis sambil berhati-hati untuk tahun akan datang,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini, kelmarin.

Tambah Mohamad Haslah, Pembangunan M. Greenvale di pinggir bandar Melbourne di Australia dijangka siap pada Mei tahun ini dan ia akan memberikan pengiktirafan hasil secara sekali gus mengikuti standard perakaunan tempatan.

Kumpulan itu akan melancarkan pembangunan mereka seterusnya di Melbourne, bernama 333 St. Kilda, pada pertengahan tahun ini. Pembangunan bercampur 12 tingkat yang bernilai AS$80 juta itu akan menjadi projek terbesar Kumpulan di Australia setakat ini.

“Projek usaha sama Indonesia pertama kami dengan rakan tempatan, merangkumi menara berkembar 29 tingkat, iaitu Menara Syariah. Pejabat dan podium peruncit akan membolehkan Kumpulan mewujudakan kehadiran jangka panjang kami di sana.

“Menerusi usaha sama dengan Indonesia, kami akan melancarkan lebih banyak Pembangunan di kawasan utama Pantai Indah Kapuk 2, sebuah perbandaran tepi laut antarabangsa di mana pembinaan Menara Syariah bernilai RM1billion sedang dijalankan.” katanya. ​