20 June, 2024
PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) melalui anak syarikatnya, Megah Sedaya Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian pembangunan tanah kedua dengan NS Corporation (NSCorp) seluas 1,000 ekar bagi karidor pembangunan Pembagunan Projek Katalis Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.
Perjanjian terbaharu itu membabitkan tanah bersebelahan seluas 1,382 ekar yang diperoleh pada Ogos 2022.
Dengan gabungan tanah seluas 2,362 ekar, Pembangunan baharu tersebut akan mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam pembangunan bandar dan mengekalkan status mereka sebagai penyedia utama rumah untuk masyarakat di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya.
Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, penambahan tanah baharu itu merupakan tonggak penting yang mencerminkan visi strategik kumpulan.
Jelasnya, kekuatan kewangan yang kukuh membolehkan kumpulan menjalankan pelaburan besar ini dengan yakin, menekankan keupayaan mereka untuk mengambil peluang yang tepat dan kesiapan untuk bergerak maju dalam persekitaran pasaran yang dinamik ini.
“Kami juga mengiktirafkan potensi transformasi projek kereta api berkelajuan tinggi yang dicadangkan, jika direalisasikan akan meningkatkan secara siknifikan daya tarikan dan permintaan untuk pembangunan berorientasikan transit di kawasan ini.
Matrix Concepts bersedia memenuhi permintaan ini dan berada pada kedudukan yang baik untuk memastikan kelestarian kumpulan dalam tempoh 12 tahun akan datang.
“Keyakinan kami berikutan pasaran hartanah, yang berkembang di Seremban, disokong oleh kadar penerimaan yang tinggi terhadap projek kami di pembangunan Bandar Sri Sendavan yang didorong oleh kemasukan pembeli dan Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan.
Di bawah syarat-syarat perjanjian pembangunan tanah, NS Corp memberi hak pembangunan kepada Megah Sedaya, sebuah entiti khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pembangunan utama bagi tanah baharu tersebut, dengan bayaran sejumlah RM435.6 juta.
Pada majlis sama, Matrix Concepts dan NS Corp menandatangani perjanjan usaha sama strategik (SJVA), yang strukturnya serupa dengan perjanjian tanah 1,302 ekar sebelumnya, dengan nisbah ekuiti 85:15, di mana Matrix Concepts memegang bahagian majoriti.
Matrix Concepts akan mengetuai pembangunan tanah baharu ini termasuk penciptaan rancangan utama, pelaksanaan dan penghantaran komponen pembangunan serta memastikan keperluan pembiayaan yang diperlukan.
Pembayaran untuk hak pembangunan dan kos pembangunan awal akan dilakukan melalui campuran dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman.
MVV2.0 merangkumi 379,087 ekar (153,411 hektar) di Seremban dan Port Dickson, dijangka menjadi koridor ekonomi penting yang memacu pertumbuhan ekonomi yang ketara dan menarik pelaburan domestic dan antarabangsa.
Dengan pembangunan pendorong ekonomi utama seperti pembuatan teknolog tinggi, pelancongan kesihatan, pendidikan berorientasikan kemahiran, dan perkhidmatan penyelidikan khusus, MVV2.0 dijangka akan menghasilkan banyak peluang pekerjaan dan merangsang perniagaan tempatan.
Matrix Concepts merancang untuk mengubah tanah baharu yang terletak di Mukim Labu, Seremban, menjadi bandar raya mampan yang menggalakkan pembinaan komuniti dan mempromosikan persekitaran sosio ekonomi yang positif.

