Menu

Utusan Malaysia

29 March, 2024

Matrix Concepts lancar kempen Gempak Raya Bonanza

The Story.

SEREMBAN: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, syarikat pemaju perumahan dan hartanah Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) melancarkan kempen Gempak Raya Bonanza yang menawarkan insentif menarik buat pembeli projek perumahannya.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Lim Kok Yee berkata, dalam kempen yang berlangsung dari 23 Mac lalu sehingga12 Mei ini, pernbeli berpeluang menerima ganjaran perayaan sehingga RM10,000 apabila membeli rumah idaman mereka di hartanah terpilih dan lot kedai komersial di perbandaran Bandar Seri Sendayan di sini.

Selain itu menurutnya, pembeli juga akan mendapat manfaat daripada pelan pembayaran mudah sehingga 12 bulan dan pengecualian duti setem dan yuran guaman untuk projek-projek terpilih. 

“Kempen ini bukan sahaja sempena musim perayaan Hari Raya tetapi juga merangkumi semangat berkongsi kegembiraan menjadikan impian pemilikan rumah lebih mudah dicapai dan menyeronokkan untuk semua.

“Kempen ini melibatkan penyertaan beberapa projek utama termasuk empat projek kediaman iaitu Eka Heights, Irama Sendayan 2, Bayu Sutera dan Tiara Sendayan selain lot kedai komersial, iaitu Irama Biz dan Nusari Biz 2,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi kempen itu juga, beliau memaklumkan, pembeli berpeluang memenangi hadiah eksklusif melalui cabutan bertuah termasuk peralatan rumah dan baucar.

“Walaupun dalam kebimbangan ekonomi, pemilikan oleh pembeli kekal penting kepada kami.

Keyakinan mereka terhadap komitmen kami dalam menyediakan rumah berkualiti, kebolehcapaian mudah dan harga yang kompetitif memberikan kami motivasi untuk terus me.nyediakan produk yang berbaloi.

“Oleh itu, Gempak Raya Bonanza ini memberikan peluang untuk individu memulakan perjalanan dalam pemilikan sebuah rumah idaman mereka,” ujarnya lagi.