Menu

Utusan Malaysia

14 August, 2024

Matrix Concepts edar 5,000 Jalur Gemilang semarak Hari Kebangsaan

The Story.

SEREMBAN: Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotic sempena sambutan Harl Kebangraan 2024, syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd.(Matrix Concepts) mengedarkan 5,000 helai Jalur Gemilang kepada 400 komuniti setempat dan jabatan kerajaan.

Ketua Pegawal Eksekutifnya, Chai Keng Wai berkata, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, edaran Jalur Gemilang adalah komitmen pihaknya bersama komuniti di Bandar Sri Sendayan serta jabatan kerajaan bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kata beliau, antara pihak yang menerima Jalur Gemilang itu adalah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, persatuan penduduk, ketua kampung, 10 buah sekolah dan rumah ibadat.

“Majlis penyerahan Jalur Gemilang ini bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam jiwa kita semua sebagai warganegara Malaysia.

Sambutan tahun ini adalah lebih istimewa dengan penglibatan lebih banyak pihak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Selain itu, sebanyak 500 pasu anak pokok bunga raya turut diedarkan sebagai simbolik kepada bunga kebangsaan Malaysia yang sekali gus mempromosikan kesedaram alam sekitar melalui penanaman flora tempatan,” katanva pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2024 di Bandar Sri Sendayan di sini, semalam.

Keng Wai berkata, sebanyak 1,000 Jalur Gemilang turut dipasang di seluruh pembanganun utama Matrix Concepts di Bandar Sri Sendayan. Sementara itu, Pengarah Perancangan Pembangunan MBS, Nazri A.

Ghani berkata, pihak berkuasa tempatan itu mengalakkan lebih banyak penlibatan swasta di bandar Seremban untuk Bersama menjayakan program sambutan Bulan kebangsaan.

“Setakat ini penglibatan pihak-pihak dalam mengkibarkan Jalur Gemilang semakin baik kerana kita telah mengeluarkan surat pengingatan kepada peniaga agar sama-sama mengibarkannya di premis masing-masing,” katanya.