Menu

Utusan Malaysia

26 May, 2022

Matrix Concepts catat jualan hartanah RM1.3 bilion

The Story.

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad merekodkan jualan hartanah tertinggi baharu sebanyak RM1.3 billion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022, mengatasi pencapaian tahun sebelumnya sebanyak RM1.2 billion.

Pertumbuhan jualan sebanyak 11.3 peratus itu didorong oleh permintaan yang kukuh untuk rumah kediaman premium mampu milik di Sendayan, Negeri Sembilan.

Daripada jualan baharu 2022 itu, lebih 60 peratus berharga di bawah RM500,000, memandangkan kumpulan menyusaikan pelancaran pembangunanya mengikut kehendak pembeli rumah terkini.

Pelancaran Pembangunan Kumpulan pada bulan Januari lalu, seperti Bayu Sutera 1 dan Tiara Sendayan 11 dalam Sendayan developments, secara kolektif yang terdiri daripada lebih 500 kediaman bertanah, mencatakan kadar pengambilan cemerlangan sebanyak 95 peratus dan 100 peratus masing-masing beberapa minggu selepas dilancarkan.

Pengerusi Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, kumpulan telah menunjukan daya tahan dalam mengharungi cabaran sepanjang pandemik Covid-19 dan berada dalam keadaan baik untuk mencatatkan prestasi positif dalam masa terdekat.

“Selain prospek tempatan yang sihat, prospek kumpulan dilengkapkan dengan projek antarabangsa sementara kami bergerak ke arah penyiapan Menara Syariah di Indonesia dan M.Greenvale di Melbourne 2023, serta pelancaran projek ketika kami di Australia iaitu M333 St.Kilda.”

Prospek kumpulan untuk tahun kewangan 2023 kekal optimis dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dijangka memudahkan bekalan pembinaan buruh dan membolehkan kita mempercepatkan kemajuan projek. “Kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kami melaksanakan rancangan pertumbuhan dan mengekalkan pembayaran dividen sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keuntungan selepas cukai (PAT) kepada pemegang saham kami,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, pendapatan Matrix Concepts suku keempat tahun kewangan 2022 berjumlah RM250.8 juta berbanding RM388.2 juta pada tahun sebelumnya.

Kumpulan turut mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) RM60.7 juta berbanding RM73.4 juta sebelum ini. Bagi tahun kewangan 2022, pendapatan kumpulan berjumlah RM886.8 juta berbanding RM1 billion pada tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 2021 menjejaskan kemajuan kerja-kerja pembinaan.

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 3.75 sen sesaham bagi tahun kewangan 2022, dengan ex-date pada 22 Jun 2022 untuk dibayar pada 7 Julai 2022. Bersama-sama dengan interim pertama, kedua dividen interim dan ketiga sebanyak 2.0 sen, 3.0 sen dan 3.75 sen masing-masing jumlah dividen pembayaran akan berjumlah RM104.3 juta atau 52.0 peratus daripada PAT tahun kewangan ini.