28 April, 2023
Kuala Lumpur: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menganjurkan sambutan Syawal dengan konsep Bunga Bunga Raya di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan pada 29 dan 30 April ini.
Ia menawarkan pelbagai aktiviti dan program berbeza untuk dinikmatisepanjang acara dua hari itu.
Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts Holdings Berhad, Lim Kok Yee berkata, tema Bunga-Bunga Raya berkisar pada interaksi bunga moden berbeza yang melambangkan pelbagai warna Malaysia.
“Dengan keunikan warga Malaysia yang berbeza agama dan kaum, syarikat sentiasa menaikkan dan mengekalkan semangat keharmonian dan perpaduan untuk majlis istimewa ini dengan meraikan hari raya bersama-sama.
“Setiap hiasan melambangkan tema inspirasi flora yang menakjubkan, merangkumi makna berbeza seperti kebersamaan, perayaan, kemaafan, harapan, permulaan baharu, dan kesucian,” katanya dalam kenyataan.
Di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan, acara berkenaan bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam, dihiasi dengan gubahan lampu bunga di mana orang ramai boleh bergambar secara percuma melalui persekitaran luar yang unik.
Menurutnya, Matrix Concepts turut menjemput persembahan muzik secara langsung selain menonton aksi demonstrasi gasing yang disediakan di sepanjang kawasan dihias.
“Kami juga menganjurkan pasar makanan hari raya yang menampilkan juadah tempatan, bengkel kaligrafi Jawi, lukisan batik buatan tangan dan barangan hiasan,” katanya.
Selaras acara Bunga Bunga Raya ini, kemeriahan diteruskan dengan Ekspo Matrix Bumi pada 6 hingga 7 Mei 2023.
Antara acara kemuncaknya ialah pelbagai persembahan, pertunjukan permainan, trak makanan, pameran motor, bazar hab halal dan aktiviti kanak-kanak untuk dinikmati orang ramai dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Orang ramai juga boleh melihat pameran hartanah di Bandar Sri Sendayan terutama di Bayu Sutera, Tiara Sendayan, Nusari Aman 3, Irama Biz dan Laman Biz untuk persekitaran rumah baharu.